Connect with us

Oh! Media

“Muka Datuk Macam Abah Saya” – Sebak Masuk ‘Live’ Rosyam Nor, Wanita Rindu Nak Jumpa Bapa

Oh! Artis

“Muka Datuk Macam Abah Saya” – Sebak Masuk ‘Live’ Rosyam Nor, Wanita Rindu Nak Jumpa Bapa

Sebagai seorang anak, kehadiran ibu bapa merupakan perkara paling penting dalam hidup. Ibu bapa merupakan orang pertama yang memberikan kasih sayang tanpa sebarang syarat kepada anak-anaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Ini Tak Sangka Mesejnya Dibalas Selepas 4 Tahun Kematian Bapa

Malah, ibu bapa juga menjadi contoh terbaik yang akan menjadi ikutan anak. Meskipun begitu, tidak semua orang bertuah dapat merasai kasih sayang orang tuanya. Ada yang terpaksa melalui fasa kehilangan seawal usia kanak-kanak.

Seperti video viral yang dikongsikan pengguna TikTok noorhezleey, seorang wanita meluahkan rasa sebak ketika sesi live bersama pelakon, Datuk Rosyam Nor. Menurutnya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa pelakon tersebut memandangkan rupanya yang mirip dengan bapa.

@noorhezleey

rindu sangat akak nie dengan ayah die…##foryoupage ##tiktokmalaysia ##fypシ

♬ Rindu setengah mati cover by aimanhakim – ultraman single

Datuk, muka Datuk macam muka abah saya. Saya rindu. Abah saya hilang dah dekat 20 tahun. Satu family cari tak dapat dikesan.

Lebih menyedihkan apabila wanita itu memberitahu bapanya sudah lama hilang dan dia tinggal bersama ibu serta enam adik beradik yang lain. Ketika ditanya sebab ayah hilang, wanita itu sendiri tidak mempunyai jawapan.

Ketika ditinggalkan, adiknya masih kecil. Sehingga ke hari ini, bapanya tidak pulang-pulang. Malah, dia turut hilang kata-kata sebaik dapat bercakap dengan Rosyam Nor yang selama ini memang menjadi impiannya.

Saya rasa tak terkata bila cakap dengan Datuk. Selama ni saya teringin sangat nak jumpa Datuk sebab muka Datuk ‘sebijik’ macam abah saya.

Di ruangan komen, orang ramai menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Mereka turut memberi cadangan untuk menularkan video sehingga bapanya ditemui jika masih hidup. Orang ramai berharap si bapa berkesempatan melihat video ini dan kembali bersatu dengan anak-anak.

abah hilang
tiktok
rosyam nor

Kredit: TikTok @noorhezleey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas