Connect with us

Oh! Media

Badut Mama Pinky Sanggup Buat 2 Kerja Demi Kucing Jalanan

Badut Mama Pinky

Branded

Badut Mama Pinky Sanggup Buat 2 Kerja Demi Kucing Jalanan

Bukan hanya sesama manusia, kita juga perlu berbuat baik dengan hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan. Seorang perunding kecantikan di Ipoh, Perak, Nazirah Abd Rahman bertukar ‘wajah’ setiap malam menjadi badut untuk mengumpul dana demi kucing jalanan.

Nazirah atau dikenali sebagai Mama Pinky akan memulakan tugasnya berpakaian aneka warna, berhias dengan solekan lucu bagi menghiburkan pelanggan di Kafe Konda Kondi, Ipoh.

Mama Pinky, badut di Ipoh.
Penafian: Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan

Nazirah mula mencari duit tambahan untuk keperluan dan makanan 50 kucing peliharaan dan jalanan di kawasan sekitar. Dia menghasilkan belon pelbagai bentuk yang comel dan tidak menetapkan bayaran tertentu untuk hasil kerjanya itu asalkan bayaran dibuat seikhlas hati.

Naik motor ke pasar setiap malam

Mama Pinky bagi kucing jalanan makan.
Penafian: Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan

Gerak-gerinya yang mencuit hati pelanggan itu tidak lagi dapat diteruskan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara. Jadi, dia hanya dapat menaiki motor ke Pasar Pinji di Ipoh berhampiran rumahnya untuk memberikan makanan kepada kucing jalanan kerana haiwan berkenaan akan menantinya setiap malam.

Menurut Nazirah kepada Sinar Harian, kehadirannya sentiasa dinanti-nanti oleh haiwan comel di sana. Dia memutuskan untuk tetap ke lokasi berkenaan bagi memastikan kucing-kucing berkenaan sihat dan sentiasa cukup makan.

Mama Pinky agih makanan kucing.
Penafian: Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan

“Mama risau kalau tidak singgah situ, semua kucing tetap tunggu. Ada seekor kucing berwarna putih tompok-tompok hitam pun dah bersedia tunggu Mama kat pasar itu.

“Jadi biar apapun, Mama akan singgah untuk beri makanan. Jika kucing sakit pula Mama selalu hantar ke Ipoh Garden Animal Clinic, Jean Veterinary Centre dan Klinik Haiwan Menglembu mengikut keadaan dan jenis kesakitan,” katanya lagi.

Kucing jalanan Mama Pinky.
Penafian: Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut Nazirah lagi, apabila sekatan pergerakan ini berakhir, dia akan kembali menjalankan aktiviti menjadi badut untuk mengutip dana bagi kesihatan dan kebajikan haiwan kesayangannya itu.

Kegigihan dan ketabahan Nazirah bekerja untuk si comel wajar menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Walaupun dalam kepayahan dan keadaan serba mencabar, semua itu tidak melemahkan semangatnya untuk menolong hidupan lain.

Kisah Nazirah ini dan pelbagai lagi kisah yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia ditampilkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam filem animasi #RaikanMalaysiaKita. Jom tonton filem merdeka khas oleh TNB sempena Hari Kebangsaan Malaysia untuk menyemarakkan lagi sambutan 31 Ogos tahun ini.

Kisah-kisah ini diharapkan mampu memberi semangat dan bukti kepada semua rakyat untuk terus berbuat kebaikan walau apa juga cabaran yang sedang dihadapi.

Korang ada kisah rakyat Malaysia yang memberikan inspirasi? Apa kata kongsikan dengan kami melalui hashtag #RaikanMalaysiaKita. Kisah terpilih akan ditampilkan dalam Instagram story TNB sempena Hari Malaysia ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas