Connect with us

Oh! Media

Kandungan Alami Kontraksi, Ayda Jebat Terpaksa Bersalin Segera

Oh! Artis

Kandungan Alami Kontraksi, Ayda Jebat Terpaksa Bersalin Segera

Maklum mengetahui, pelakon dan penyanyi tanah air, Ayda Jebat sedang menghitung hari untuk menimbang cahaya mata pertamanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Lincah Menari Walaupun Mengandung, Netizen Takut Ayda Jebat Terberanak

Menurut Ayda, sepanjang kehamilan, berat badannya hanya naik sebanyak 8 kilogram dan dijadualkan akan melahirkan anak sulungnya pada penghujung September ini.

Perkara itu sudah semestinya menjadi momen terindah bagi dirinya serta suami, Nabil Mahir sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Januari yang lalu.

Ayda Jebat terpaksa bersalin lebih awal

Disebalik kegembiraan menunggu kelahiran cahaya matanya, Penyanyi itu bakal menjalani proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulungnya hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya sebenar tadi.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu akan melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya dirancang.

Assalamualaikum semua. Insyaallah baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan baby sihat dan selamat. Amin.

Kandungan alami kontraksi bersalin

Selain itu, dia juga turut memuat naik semula hantaran Insta Story adiknya, Sabira Jebat yang menceritakan keadaan kakaknya yang sedang dirawat di hospital.

Menerusi hantaran itu, Sabira Jebat juga turut memohon doa orang ramai agar urusan bersalin kakaknya dipermudahkan.

Penyanyi itu dimaklumkan terpaksa melahirkan bayinya lebih awal kerana mengalami kontraksi bersalin selain keadaan bayinya yang songsang di dalam perut.

Doakan kakak saya dipermudahkan urusan bersalin hari ini. Bayi Ayda dan Nabil dah tak sabar nak keluar!

Kecemasan sebab kontraksi dan bayi songsang. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kakak. Kami sayang awak. Ivy tak sabar nak tengok sepupu dia.

Netizen saling titipkan doa

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan segala proses pembedahan berjalan lancar selain tidak sabar menanti kehadiran bayi pertamanya itu.

Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit: Instagram Ayda Jebat I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas