Connect with us

Oh! Media

Memalukan Logo ‘H’, Pemandu Honda Rempuh Palang Tol Nak Lalu Percuma

honda

Trending

Memalukan Logo ‘H’, Pemandu Honda Rempuh Palang Tol Nak Lalu Percuma

Selain Perodua Myvi ‘King’, logo ‘H’ juga menjadi idaman orang lelaki dan wanita Malaysia. Orang kita selalu kata kalau guna logo ‘H’ mesti senang nak tarik hati gadis, betul ke? Tapi susah juga kalau mampu pakai Honda tapi perangai macam ni! Sedih….

ADVERTISEMENT

Ohmedia maksudkan tentang aksi pemandu Honda yang merempuh palang untuk mendapatkan tol percuma. Kejadian ini berlaku di Plaza Tol Semenyih dan berjaya dirakam dashcam pengguna jalan raya yang berada di depannya.

Dalam rakaman itu, pemandu Honda HR-V dilihat mencucuk kenderaan di depan dan merempuh palang tol walaupun palang itu sudah turun untuk menutup jalan.

@ohmedia

Buat malu abang H jer! ##ohmedia ##beritaditiktok ##honda ##tol ##videotrending ##viraltiktok ##fyp

♬ HONDA – Snövit

TikTok video

Shahida dalam perkongsian di Twitter meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu honda terbabit. Dia juga meminta orang ramai untuk memberi tahu cara untuk melakukan aduan jika berlaku situasi seperti ini.

Pakai H tapi takkan bayar tol tak mampu

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Ada juga yang mengatakan surat saman dari syarikat konsesi tol akan diterima pemandu terbabit.

Kita yang tengok pun sakit hati dibuatnya. Tidak pasti mengapa semakin ramai pula yang berani merempuh palang tol semata-mata nak lalu jalan percuma. Mungkin perbuatan seperti ini sudah banyak berlaku, cuma sekarang lebih banyak dapat dirakam selepas ada kesedaran untuk memasang dashcam. Apapun semoga pemandu Honda berkenaan dapat dikesan dan menerima denda setimpal.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas