Connect with us

Oh! Media

Anak OKU Kerap Dirogol Bapa Kandung Selepas Seminggu Kematian Ibu Tiri

Dirogol

Trending

Anak OKU Kerap Dirogol Bapa Kandung Selepas Seminggu Kematian Ibu Tiri

Seorang bapa yang kudung tangan dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).

ADVERTISEMENT

BACA : Bapa Tergamak Rogol Anak Kandung Ketika Isteri Keluar Bekerja

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh yang berusia 50 tahun itu didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kuala Krai pada 18 Ogos lepas.

Mangsa yang merupakan anak kepada suspek mengatakan bahawa dia dirogol selepas seminggu kematian ibu tirinya pada Mac. Sejak dari itu, bapanya telah melakukan perkata itu lebih 30 kali di bilik tidurnya.

Anak kepada suspek yang tidak boleh mengerakkan kedua-dua kakinya itu juga mempunyai satu video kejadian itu yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit. 

Menerusi video tersebut, jelas menunjukkan yang mangsa dirogol tanpa kerelaan. Sisatan juga mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Apa nak jadi? Sepatutnya si bapa melindungi anaknya dan bukan buat perkara sebegini. Semoga ianya dijauhkan dari kita semua.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas