Connect with us

Oh! Media

Audio Mantap! Samsung Galaxy Buds2 Fon Telinga Dengan ANC Dijual Pada RM499

Galaxy Buds2 OM

Oh! Tech

Audio Mantap! Samsung Galaxy Buds2 Fon Telinga Dengan ANC Dijual Pada RM499

Semasa pelancaran telefon lipat generasi terbaru Galaxy Fold3 5G dan Galaxy Flip3 5G, Samsung turut memperkenalkan model terbaru fon telinga Galaxy Buds2.

ADVERTISEMENT

Kami diberi peluang untuk menikmati pengalaman menggunakan sendiri Galaxy Buds2 dan ini review daripada kami.

Galaxy Buds2 dengan fungsi ANC & tahan 29 jam

Dari segi reka bentuknya fon telinga ini, ia masih masih mengekalkan ciri bentuk yang bulat dengan rekaan putik audio jenis dimasukkan kedalam telinga dan mempunyai penyumbat silikon.

Tapi apa yang menarik ialah ia mengambil fungsi Galaxy Buds Pro dengan menawarkan ciri pembatalan hingar bunyi aktif (ANC). Hinggakan bila pakai je Buds2 ni terus rasa berada dalam dunia sendiri. Bila korang aktifkan je fungsi ANC, Buds2 akan menghalang sehingga 98 peratus bunyi daripada luar. 

Selain ANC, Buds2 ni juga mempunyai Ambience Mode, yang berfungsi untuk mendengar audio daripada luar tanpa perlu menanggalkan fon telinga. Menerusi Samsung Wearable, korang boleh mengaktifkannya sehingga tiga tahap. 

Terbaru menerusi kelebihan teknologi AI, Buds2 mampu menyesuaikan fungsinya dengan keadaan sekeliling. Manakala sensor pada bahagian muncung putik pula, mampu mengesan apabila Buds2 ditanggalkan dan terus mematikan muzik yang sedang dimainkan secara automatik.

Dari aspek audionya, walaupun tiada banyak perubahan yang dilakukan ia masih memberikan kepuasan kepada pengguna dengan sistem speaker berasingan 11mm untuk tweeter dan 6.4mm untuk woofer.

Untuk bateri pula, ia mempunyai kapasiti 472mAh untuk casing dan 61mAh untuk setiap Buds. Ia mampu bertahan selama 5 jam dengan sekali cas dalam keadaan ANC yang dihidupkan.

Tanpa menghidupkan fungsi ANC ia mampu bertahan sehingga 29 jam dengan tahap kelantangan berada pada 80-90%. Bekas Buds 2 ini turut menyokong pengecasan nirwayar dengan pengecasan pantas (5 minit cas boleh bertahan untuk satu jam).

Pada sisi Buds2 terdapat pad sesentuh, berbanding Buds+ yang mempunyai bentuk seakan sayap, Buds2 mempunyai bentuk yang kelihatan lebih minimal dan praktikal.

Melalui pad sesentuh pada Buds2 beberapa perkara korang boleh lakukan hanya dengan mengawalnya melalui fon telinga seperti menjawab panggilan telefon dan mengawal muzik yang sedang dimainkan – tekan dan tahan untuk memprogram semula, satu ketukan untuk memainkan/menghentikan lagu, dua ketukan untuk lagu seterusnya dan tiga ketukan untuk lagu sebelumnya.

Lepasi piawaian IPX7

Hadir dengan sarung berwarna putih, terdapat 4 warna pilihan untuk fon telinga ini iaitu Lavendar, Graphite, Olive dan White.

Dijual pada harga RM499, korang boleh menjadikan Buds2 sebagai teman setia ketika bekerja atau bersukan kerana ia turut melepasi piawaian IPX7 iaitu fungsi kalis air.

Untuk maklumat lanjut atau korang nak dapatkan Galaxy Buds2 ni, klik je di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas