Connect with us

Oh! Media

Nombor Telefon Dan E-mel Tidak Lagi Digunakan? Ini Cara Padam Akaun MySejahtera Lama

Oh! Tech

Nombor Telefon Dan E-mel Tidak Lagi Digunakan? Ini Cara Padam Akaun MySejahtera Lama

MySejahtera merupakan aplikasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak negara kita dilanda virus pandemik sebagai salah satu alternatif bagi membendung penularan wabak tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Boleh Cetak Sijil Vaksinasi Dalam PDF Guna MySejahtera

Aplikasi ini juga membantu pengguna dalam melaksanakan penilaian kesihatan kendiri selain turut membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan maklumat awal tentang status kesihatan pengguna.

Bagaimanapun, sejak akhir akhir ini, pelbagai masalah timbul melibatkan penggunaan aplikasi ini termasuklah sukar mendaftar MySejahtera dengan menggunakan nombor telefon baharu.

Hal itu kerana akaun lama anda telah menggunakan nombor telefon atau e-mel yang tidak lagi aktif. Apa yang perlu anda buat sudah semestinya memadamkan dahulu akaun lama sebelum mendaftarkan yang baharu.

Bagaimana caranya? Mari ikut langkah-langkah seperti di bawah. Ayuh!

1. Buka pelayar internet dan search ‘MySejahtera Helpdesk’

Untuk langkah pertama, anda perlu pergi pada pelayar internet masing-masing tidak kiralah Safari, Google atau lain-lain dan search Helpdesk MySejahtera’. Nak senang klik sahaja pada link ini.

Bila dah masuk, tekan pada simbol ‘Mula’. Kemudian, baca soalan yang disediakan dan pilih jawapan C seperti gambar di bawah.

Baca soalan dan jawapan betul-betul! Kemungkinan pilihan jawapan telah berubah dalam sistem. Namun, kebanyakkannya seperti gambar di atas.

2. Pilihan ingin memadam akaun serta perincian maklumat peribadi

Apabila tiba sahaja pada soalan seterusnya, pilih jawapan yang tertera ‘Saya ingin memadamkan akaun saya’ seperti gambar di bawah.

Seterusnya, anda perlu memasukan ID pengguna MySejahtera yang lama sama ada menggunakan nombor telefon yang tidak aktif ataupun e-mel yang tidak digunakan lagi. Kemudian, akan muncul seperti gambar di bawah.

Pastikan anda mengisi pada ‘alamat e-mel untuk dihubungi’ yang aktif bagi memudahkan pihak MySejahtera memberikan respon segera kepada anda. Selepas itu, paparan ‘Terima’ Kasih akan ditunjukkan dan e-mel akan dihantar pada alamat e-mel yang telah anda berikan.

3. Menunggu Pengesahan e-mel ‘Berjaya Dipadam’

Selepas menyelesaikan segala langkah yang ditunjukkan, anda akan menerima e-mel menunjukkan pengesahan pemadaman akaun. Manakala, e-mel ‘Berjaya Dipadamkan’ pula akan dihantar beberapa minit atau beberapa hari kemudian.

Usai sahaja menerima e-mel berkenaan, buka MySejahtera dan log masuk atau daftar dengan menggunakan nombor telefon atau e-mel yang baharu. Jika perlu menjawab semua soalan lain, boleh diteruskan.

Demikian sahajalah beberapa langkah mudah untuk memadamkan akaun MySejahtera lama. Mungkin pada mulanya ramai menganggap prosedur pemadaman adalah sukar, namun sebaliknya ia hanyalah proses yang mudah.

Bagaimanapun, penggunaan aplikasi ini adalah amat penting buat masa sekarang. Oleh itu, kita digalakkan untuk sentiasa mengemas kini status MySejahtera kita agar mampu membantu dalam mengekang penularan virus tersebut.

Kredit: Portalinfo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas