Connect with us

Oh! Media

Ini Rupa Toyota Avanza Generasi Baru, Hadir Dengan Transmisi Automatik CVT

Avanza

Oh! Gear

Ini Rupa Toyota Avanza Generasi Baru, Hadir Dengan Transmisi Automatik CVT

Sebelum ini Toyota Avanza serba baru telahpun diperlihatkan di Indonesia pada November lalu dan negara Filipina juga dikatakan akan memperkenalkannya pada Mac tahun depan.

ADVERTISEMENT

BACA : Honda Malaysia Buka Tempahan Civic (2022) Serba Baharu!

Menurut laporan Pandu Laju, model terbaru bagi Toyota Avanza ini telahpun digantikan dengan model sebelum ini bagi mengukuhkan jualan di sana.

Taknak lah cerita banyak pasal negara orang, jadi jom kita tengok design nak spesifikasi yang ditawarkan pada kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Toyota ini di Filipina dan mungkin juga akan masuk ke pasaran Malaysia nanti.

Ianya didatangkan dengan dua varian, satunya adalah enjin 1.3L Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 96.6hp bersama 122Nm dan keduanya adalah dengan enjin 1.5L Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 104.5hp bersama 137Nm.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan transmisi baharu jenis automatik CVT dan hadir dengan pacuan roda depan (FWD). Ini juga menjadikan ruang kabin akan lebih luas dan memberi keselesaan kepada penumpang yang berada didalam kereta.

Toyota Avanza ini juga hadir dengan sistem penghidup tanpa kunci (keyless), stereng teleskopik boleh laras, mod manual untuk CVT dan pelbagai lagi.

Ianya juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti 6-beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) dan pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS).

Jadi, apa pandangan korang dengan spesikasi dan design yang ditawarkan? Rasanya kalau model ini masuk ke pasaran Malaysia nanti mesti ramai yang beli. 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas