Connect with us

Oh! Media

Shuk Sahar Buat Hal Lagi, Kali Ini Kantoi Dating Dengan Skandal?

Oh! Artis

Shuk Sahar Buat Hal Lagi, Kali Ini Kantoi Dating Dengan Skandal?

Kontroversi rumahtangga melibatkan pelawak dan pengacara, Shuk Sahar sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. Isterinya, Rossa Sera sendiri mendedahkah kisah kecurangan suami dipercayai kerana sudah tidak mampu bertahan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cukup Lah, Aku Lambat Sikit Sebab Bod*h” – Isteri Shuk Sahar Syukur Dapat Bukti?

Terbaru, Rossa Sera berkongsi screenshot mesej yang diterimanya daripada pengikut Instagram mendakwa melihat Shuk keluar menonton wayang dengan seorang wanita. Pengikut tidak pasti siapakah wanita berkenaan namun ciri-cirinya adalah berbadan kurus.

Tidak melatah, Rossa Sera dilihat tenang dan menafikan wanita di samping Shuk itu adalah dirinya. Malah, wanita kelahiran Sabah ini meminta pengikut mengambil foto atau video sebagai bukti.

shuk sahar

Di hantaran lain, seorang lagi pengikut turut mendakwa pernah terserempak Shuk bersama dengan seorang wanita di Kuala Lumpur. Dia mendakwa lagi, ketika itu suaminya berselfie di tepi jalan dengan peminat.

shuk sahar

Rossa Sera walau bagaimanapun hanya mampu ketawa dengan pendedahan tersebut. Rata-rata daripada pengikut mendoakan semoga dia kuat menempuhi konflik berumahtangga. Semoga menemui jalan penyelesaiannya.

Kredit: Instagram Rossa Sera

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas