Connect with us

Oh! Media

Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Dalam MV ‘Tinggalkan Diriku’

shuib

Oh! Artis

Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Dalam MV ‘Tinggalkan Diriku’

Walaupun sudah beberapa bulan arwah meninggal kita, masih terasa lagi kesedihan itu. Terasa seperti arwah masih ada bersama kita tetapi bukanlah di alam dunia. Tidak dapat bayangkan macam mana perasaan keluarga teruatama suami, Shuib.

ADVERTISEMENT

9 Ogos 2021, Allahyarham Siti Sarah menghadap Illahi dan semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

“You jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Itulah kata-kata terakhir arwah kepada suaminya sebelum ditidurkan pada 6 Ogos 2021. Shuib kongsi rakaman perbualan terakhir bersama isteri tercinta melalui video muzik lagu ‘Tinggalkan Diriku’ yang baru sahaja dimuat naik di YouTube Shuib.

Nyanyian arwah Siti Sarah itu merupakan rakaman semasa menjalani latihan sebuah showcase di Matic, Kuala Lumpur tahun 2018 dan lagu itu merupakan hasil cipta oleh Aidit Alfian. Dalam rakaman itu Shuib terlebih dahulu memberikan kata-kata semangat untuk terus kuat melawan dengan penyakit.

Ibu… Ini satu step ni je you kena lepaskan.. you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita akan tengok baby kita. Sumpah I memang sayang you sangat.

Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir

Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang. – Kata Shuib.

Shuib sering mengakui momen ini paling sukar dalam hidupnya sebagai seorang suami dan bapa kepada empat orang anak. Semoga Shuib terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Youtube Shuib Channel

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas