Connect with us

Oh! Media

Wajah Dipenuhi Abu, Seorang Ibu Selamatkan Anak Dari Letusan Gunung Semeru Undang Rasa Sebak

abu

Trending

Wajah Dipenuhi Abu, Seorang Ibu Selamatkan Anak Dari Letusan Gunung Semeru Undang Rasa Sebak

Tular sebuah video yang menunjukkan seorang ibu yang wajahnya dipenuhi abu hitam dari letusan Gunung Semeru menyelamatkan anaknya dengan menaiki sebuah motosikal.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Penduduk Lari Selamatkan Diri Akibat Letusan Gunung Berapi Semeru Di Indonesia

Berdasarkan video yang dimuat naik di akaun Instagram Jejak_Pendaki, wanita tersebut telah menyelubung anaknya dengan kain dan cuba menyelamatkan diri dari letusan Gunung Semeru itu.

Abu letusan gunung berapi bahaya

Video dari Instagram Jejak_Pendaki

Video yang dimuat naik itu menunjukkan salah seorang korban dari Gunung Semeru. Ramai yang melihat video itu menunjukkan rasa sebak kerana melihat pengorbanan wanita ini sebagai ibu.

Wajahnya menjadi hitam legam kerana dipenuhi dengan abu gunung berapi tersebut.

Ada yang menyatakan ini merupakan bukti pengorbanan seorang ibu sanggup melindungi anak dari sebarang marabahaya. Ada juga yang sedih kerana melihat keadaan mangsa korban yang berada di bawah gunung sudah teruk, apatah lagi nasib mereka yang tinggal di atas lereng gunung.

Menurut Kosmo, abu letusan gunung berapi adalah berbahaya untuk semua hidupan dan berbeza dengan abu yang terhasil daripada pembakaran kayu dan bahan organik. Zarah-zarah yang keras pada abu itu boleh menjadikan iritasi pada mata, hidung, paru-paru dan masalah pernafasan.

Semoga mereka yang terkorban diberi kekuatan dan kesihatan untuk menempuh dugaan ini. Semoga mereka diberi perlindungan dan pertolongan yang secukupnya selepas kejadian ini.

Kredit: Kosmo Jejak_pendaki

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas