Connect with us

Oh! Media

Risau Terlepas Bonus Tahunan, Penjawat Awam Kantoi Beli Sijil Vaksin Palsu

Trending

Risau Terlepas Bonus Tahunan, Penjawat Awam Kantoi Beli Sijil Vaksin Palsu

Sepasang suami isteri yang juga penjawat awam dicekup pihak polis selepas didapati membeli sijil vaksinasi Covid-19 palsu.

ADVERTISEMENT

BACA: Doktor Dicekup Disyaki Jual Sijil Vaksin Palsu, Satu Sijil RM400

Menurut Awani, pasangan berusia 33 dan 28 tahun itu berbuat sedemikian kerana tidak mahu terkecuali daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati pasangan terbabit membeli sijil palsu itu pada harga RM500 setiap satu.

vaksin palsu
Sekadar gambar hiasan

Dijual rakan sekerja

Sijil vaksinasi palsu itu dikatakan dijual oleh rakan sekerja mereka di jabatan yang sama berusia 58 tahun yang juga bertindak sebagai orang tengah.

Kegiatan pasangan ini menggunakan sijil vaksinasi palsu mula terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi ‘Mysejahtera’ berstatus vaksin lengkap dua dos yang dimiliki mereka sebelum membuat semakan di Klinik Kesihatan Rembia.

Hasil semakan klinik berkenaan mendapati kedua-dua mereka tidak pernah menerima apa-apa suntikan vaksin dan laporan polis kemudian dibuat kerana suami isteri telah menipu pihak jabatan.

vaksin palsu
Sekadar gambar hiasan

Pasangan itu dan rakan sekerja terbabit telah pun ditahan pada Selasa, di sekitar Melaka serta telefon bimbit turut dirampas. Pihak polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai penjual sijil vaksinasi itu.

Rakan sekerja yang bertindak sebagi orang tengah itu telah mendapatkan muat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu ini daripada suspek yang masih bebas, yang digelar nama ‘Vnilai’.

Difahamkan, pasangan ini pernah membuat laporan polis pada tahun lepas kerana keengganan mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketiga-tiga suspek itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas