Connect with us

Oh! Media

Bursa Malaysia Luluskan Pelan Regularisasi Catcha Digital Ke Atas iMedia

imedia

Oh! Bisnes

Bursa Malaysia Luluskan Pelan Regularisasi Catcha Digital Ke Atas iMedia

Pada 5 April 2022, Catcha Digital mengumumkan telah menerima kelulusan Cadangan Pelan Regularisasi daripada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung pengambilalihan iMedia Asia Sdn Bhd.

ADVERTISEMENT

Cadangan Pelan Regularisasi merangkumi pemerolehan iMedia serta Right issue yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Terdahulu, pemegang saham iMedia memeterai perjanjian penjualan saham dengan Catcha Digital Berhad (“Catcha Digital” sebelum ini dikenali sebagai Rev Asia Berhad), untuk membolehkan Catcha Digital memperoleh 100% kepentingan dalam iMedia dengan harga sehingga RM40 juta, ini termasuk pendapatan yang ditambat kepada sasaran kewangan tertentu.

iMedia catat rekod tahun 2021

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama iMedia, Voon Tze Khay

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama iMedia, Voon Tze Khay, pihaknya sangat mengalu-alukan Bursa dan berharap dapat bekerjasama dengan Catcha Digital untuk memperkukuhkan rancangan pertumbuhan iMedia.

iMedia yang merupakan kumpulan media digital bersepadu terkemuka di Malaysia mencatat rekod tahun 2021 apabila berjaya melepasi belanjawan kumpulan jualan dan keuntungan selepas cukai masing-masing sebanyak 19.9% dan 26.6%.

iMedia kini berada di landasannya untuk mencapai sasaran 2022. Kami sangat optimis mengenai perkembangan dan prospek jangka panjang media digital, pemasaran ‘influencer’ dan industri teknologi pemasaran seiring pertumbuhan pesat transformasi digital di rantau ini. – Ketua Pegawai Eksekutif, Voon Tze Khay

Pada 2020 dan 2021, iMedia telah memperoleh serta bergabung dengan ITTIFY, Oh Media!, Goody25, BeautifulNara dan Moretify sebagai sebahagian daripada strategi untuk mempertingkatkan rangkaian produknya.

Hasil gabungan itu, seramai 12.9 juta pengguna telah melayari laman web serta platform media sosialnya pada Mac 2022.

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas