Connect with us

Oh! Media

Mak Wan Latah Balas Kecaman Netizen Yang Tuduh Dia Karaoke Sambil Berjoget Punca Perceraian

mak wan latah

Oh! Artis

Mak Wan Latah Balas Kecaman Netizen Yang Tuduh Dia Karaoke Sambil Berjoget Punca Perceraian

Disebabkan hanya memuat naik video sedang bernyanyi di bilik karaoke, pelakon Mak Wan Latah telah dikecam netizen hingga ada berkata itulah punca dirinya diceraikan.

ADVERTISEMENT

Mak Wan ataupun nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud turut dinasihatkan orang ramai untuk tidak membuka aibnya sendiri dengan memuat naik video seperti itu di platform media sosial.

Salah ke nak hiburkan hati sendiri?

Bagi menjawab kritikan orang ramai, Mak Wan berkata aktiviti yang dilakukan itu merupakan cara dirinya melepaskan segala tekanan selepas penat menjalani penggambaran.

Saya tak usik sesiapa pun. jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya nak gembirakan diri.

Tambah Mak Wan lagi yang ditemu bual mStar, dia memberitahu video tersebut merupakan video lama dan memaklumkan karaoke merupakan hobinya.

@_makwanlatahofficial

hidup mesti hepy😘tabarakallah.

♬ original sound – _makwanlatah

Video TikTok

Apapun, Mak Wan tetap berharap agar orang ramai tidak terlalu cepat meletakkan hukuman kepada seseorang dan mudah melontarkan kecaman.

Dakwaan orang ramai mengenai video itu merupakan punca beliau bercerai, Mak Wan hanya berkata penceraian dengan bekas suami sudah pun tertulis dan ia bukan alasan untuk netizen bercakap buruk tentang dirinya

komen tiktok

Untuk makluman, Mak Wan pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Husain Dolah pada 22 Januari di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Namun, perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama selepas bekas suami melafazkan cerai pada tanggal 21 April.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas