Connect with us

Oh! Media

‘Live’ TikTok Semasa Serbuan, ASP Wanita Ditukar Ke SUKSIS UTM

Trending

‘Live’ TikTok Semasa Serbuan, ASP Wanita Ditukar Ke SUKSIS UTM

Tindakan seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) membuat siaran langsung di TikTok ketika serbuan di sebuah pusat hiburan mengundang padah apabila dia disiasat Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS).

ADVERTISEMENT

BACA: Padah ‘Live’ Di TikTok Masa Serbuan, Pegawai Polis Wanita Ini Disiasat

Memetik laporan Kosmo!, pegawai yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Betul, dia ditukarkan ke IPK Johor dan perlu melaporkan diri pada hujung bulan Mei depan.

Arahan pertukaran disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi pemberita malam semalam. Difahamkan pegawai ini akan melaporkan diri pada hujung Mei bulan depan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan pegawai ini sempat ‘live’ TikTok ketika serbuan di sebuah pusat hiburan.

Pengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kalau di Johor pegawai berpangkat ASP, Supt dan OCPD (Ketua Polis Daerah) turut ambil tindakan tatatertib jika didapati melakukan sebarang salah laku yang melanggar prosedur PDRM.

Tambahnya, tiga arahan bertarikh Mei 2014, Ogos 2020 dan Februari 2021 telah dikeluarkan Polis Diraja Malaysia mengenai tatacara penggunaan media sosial dalam kalangan anggota.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas