Connect with us

Oh! Media

“Dia Semakin Pulih” – Peminat Mula Lega, Hailey Dedahkan Keadaan Justin Bieber Makin Baik

Oh! Artis

“Dia Semakin Pulih” – Peminat Mula Lega, Hailey Dedahkan Keadaan Justin Bieber Makin Baik

Minggu lalu, heboh berita mengenai bintang pop terkemuka dunia, Justin Bieber yang diserang penyakit Sindrom Ramsay Hunt iaitu lumpuh separuh di bahagian muka.

ADVERTISEMENT

BACA: Justin Bieber Batalkan Beberapa Siri Konsert Jelajah Kerana Wajah Lumpuh Sebelah

Berita mengenai keadaan kesihatan penyanyi itu mula merisaukan para peminatnya disamping kecewa dengan khabar angin yang menyatakan bahawa konsert yang akan dijalankan penyanyi itu tidak lama lagi mungkin dibatalkan.

Hailey dedahkan suaminya beransur pulih

Terbaru, isteri kepada penyanyi lagu ‘Baby’ berkenaan, Hailey Bieber mendedahkan bahawa keadaan suaminya itu semakin baik dan semakin pulih dari hari ke hari menerusi temubual bersama Good Morning America.

Hailey turut meluahkan rasa terharu dan berbesar hati atas sokongan yang diberikan keluarga, rakan-rakan serta para peminat kepada Justin.

Dia dalam keadaan yang baik. Dia bertambah sihat setiap hari. Dia berasa lebih baik dan jelas sekali, ia merupakan situasi yang sangat menakutkan dan ia berlaku secara rawak, tetapi dia akan benar-benar okay. Saya bersyukur kerana dia baik-baik saja.

Saya sangat kagum dengan sokongan diberikan daripada peminat, rakan, dan keluarga. Setiap mereka menghantar ucapan selamat serta nasihat dan cadangan. Ia sungguh mengagumkan.

Kenyataan Hailey berkenaan kesihatan Justin Bieber yang semakin pulih itu sedikit sebanyak melegakan hati para peminatnya yang masih berharap agar konsert yang akan diadakan nanti tidak dibatalkan.

Kredit: Twitter Good Morning America

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas