Connect with us

Oh! Media

“Minda Belum Merdeka” – Mentaliti Ditakuk Lama, Rakyat Buang Sampah Merata Selepas Sambutan Kemerdekaan

Trending

“Minda Belum Merdeka” – Mentaliti Ditakuk Lama, Rakyat Buang Sampah Merata Selepas Sambutan Kemerdekaan

Semalam telah berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran di beberapa jalan utama di ibu kota.

ADVERTISEMENT

BACA: Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah, Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikannya dengan penuh semangat setelah hampir dua tahun tidak dapat meraikan Hari Kebangsaan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Sampah merata sepanjang jalan

Namun begitu, sambutan kemerdekaan yang berlangsung semalam itu dicemari dengan perkara yang kurang enak dilihat sejurus tamat sambutan tersebut.

@szrrz post-event 🙁 #merdeka2022 ♬ original sound – Music lover – 🎶🎵MusicLover 🎵🎶

Menerusi video yang tular di TikTok, dapat dilihat dengan jelas sampah sarap yang terbuang di sekitar jalan-jalan utama yang terlibat dengan perarakan.

Apa yang lebih menyedihkan ialah, rata-rata rakyat negara kita hanya melihat sahaja sampah sarap yang berselerak itu tanpa melakukan sebarang inisiatif untuk membersihkan kawasan sekitar tersebut.

Sedih tengok minda masih ditakuk lama

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan pengunjung yang hadir disamping ada yang menyatakan bahawa ia merupakan tugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sedih bila masih ada lagi orang yang tak bertanggungjawab dengan sampah sendiri. Siap boleh kata itu tugas majlis perbandaran lagi? Ini ke sikap dan sifat ‘kemerdekaan’ yang ada dalam diri kita?

Kredit: TikTok srzzr

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas