Connect with us

Oh! Media

YDPA Tegaskan Kuasa Menghukum Dan Pengampunan Tak Wajar Digunakan Sewenangnya

Oh! Negara

YDPA Tegaskan Kuasa Menghukum Dan Pengampunan Tak Wajar Digunakan Sewenangnya

Yang di-Pertuan Agong keenam belas, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Besar Kemungkinan Najib Razak Akan Dapat Pengampunan” – Mahathir Mohamad

Menurut baginda, sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, ia bermakna penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.

Kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak di hari kemudian.

Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai, kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.

Titah Al-Sultan Abdullah lagi, Mahkamah Syariah perlu menggunakan prinsip keadilan menurut Islam dan perlulah bijak dalam menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak ketika menjatuhkan hukuman terutama sekali apabila ia melibatkan kes kekeluargaan.

Sekiranya prinsip keadilan itu tidak digunapakai, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.

Justeru, Mahkamah Syariah hendaklah sebilang masa mempunyai kecekapan dalam mengendalikan kes-kes agar keadilan akan tercapai.

Hakim-Hakim Syarie hendaklah memastikan kes-kes yang dikendalikan dapat dihakimi dengan seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sudah memfailkan petisyen pengampunan diraja berhubung sabitannya dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Kredit: FreeMalaysiaToday | Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas