Connect with us

Oh! Media

Dr Zulkifli Puji Lirik Lagu Malique Tapi Ada Pula Yang Gelar Sebagai ‘Lapik Kaki’

dr zulkifli

Oh! Artis

Dr Zulkifli Puji Lirik Lagu Malique Tapi Ada Pula Yang Gelar Sebagai ‘Lapik Kaki’

Bekas Menteri Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sememang cukup rajin melayan kerenah netizen di media sosial.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Dr Zul dilihat memuji lirik lagu nyanyi Datuk Jamal Abdillah dan Malique berjudul ‘Aku Maafkan Kamu’ melalui satu ciapan di Twitter. Apa yang membuatkan netizen tertarik apabila Dr Zul dapat meneka dengan tepat ia lagu ciptaan Malique hanya dengan beberapa baris lirik

Bagus lirik lagu Malique ni. – Tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga yang cuba mengusik Dr Zul untuk bekerjasama dengan Malique dalam projek lagu akan datang dan respon beliau macam biasa, tak pernah serius, haha.

Individu gelar Dr Zulkifli ‘lapik kaki’

Perkongsian Dr Zul tentang lirik lagu Malique ini juga dilihat bagi menjawab tuduhan seorang individu yang menggelar beliau sebagai ‘lapik kaki’ kerana dilihat tidak menegur ahli politik yang menggunakan taktik kotor dalam kempen PRU15.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas