Connect with us

Oh! Media

“Mereka Rasa ‘Cable’ Lagi Hebat Dari Undang-Undang” – Caprice Buat Laporan Polis?

Caprice

Trending

“Mereka Rasa ‘Cable’ Lagi Hebat Dari Undang-Undang” – Caprice Buat Laporan Polis?

Penyanyi rap sensasi dan aktivis kemanusiaan, Caprice difahamkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA : (Video) Caprice ‘Test’ King Coco Nak Tahu Siapa Lagi Pelat

Ujar pemilik nama Ariz Ramli itu lagi, dia seboleh-bolehnya enggan melibatkan pihak polis namun terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana ada individu merasakan diri mereka lebih hebat daripada undang-undang.

Perkara tersebut turut dikongsikan menerusi beberapa hantaran video di Instagram Story miliknya, semalam.

Sesetengah individu di luar sana merasakan ‘cable’, pangkat mereka terlampau kuat dan tinggi. Mereka rasa lagi hebat daripada undang-undang (above the law).

Dia dalam pada itu memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan selepas ini.

Terdahulu, Caprice ada mendedahkan bahawa dia ada menerima terlalu banyak ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali semenjak pendedahan eksklusif membabitkan seorang pendakwah terkenal ketika misi kemanusiaan di Palestin, Gaza tempoh hari.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas