Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Akan Dibicarakan Esok, Libatkan 11 Pertuduhan Kes Gangguan Seksual

ebit lew

Oh! Artis

Ebit Lew Akan Dibicarakan Esok, Libatkan 11 Pertuduhan Kes Gangguan Seksual

Melihat aktiviti pendakwah bebas Ebit Lew yang nampak tenang dan boleh ke sana ke sini, sebenarnya kes gangguan seksual melibatkan dirinya masih belum selesai.

ADVERTISEMENT

BACA: Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicarakan 27 September Ini!

Perbicaraan melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew ini akan bermula 27 September hingga 30 September 2022 di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Mengaibkan kehormatan wanita

Ebit Lew akan dibicarakan dengan 11 pertuduhan antaranya telah mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun dengan menghantar mesej lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp pada Mac dan Jun 2021.

Jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Esok, Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar hujah dari pendakwaan iaitu Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.

Ebit Lew pula akan diwakili barisan peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye. Sama-sama kita nanti perkembangan lanjut perbicaraan kes esok.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas