Connect with us

Oh! Media

Syafiq Kyle Bakal Bekerjasama Dengan Produksi United Kingdom

syafiq kyle

Oh! Artis

Syafiq Kyle Bakal Bekerjasama Dengan Produksi United Kingdom

Walaupun sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan, pelakon Syafiq Kyle memberitahu dia bakal bekerjasama dengan sebuah produksi berpangkalan di United Kindgom (UK).

ADVERTISEMENT

Pelakon yang berusia 31 tahun berkata, projek drama bersiri ini adalah adaptasi daripada novel penyiasatan yang menceritakan seorang inspektor datang ke beberapa negara untuk membuat penyiasatan.

Saya akan berkerjasama dengan pihak produksi United Kingdom (UK), siri berjudul Inspector Singh dan akan mula jalani pengambaran bulan Julai ini.

Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan.

Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata dia adalah di antara beberapa artis yang berjaya di dalam uji bakat dijalankan oleh produksi berkenaan. Syafiq yang ditemui ketika sidang media pelancaran drama Seindah Kasih pada Rabu.

Tambahan, baginya ini adalah permulaan awal untuk dirinya mencuba memasuki pasaran luar.

Dia orang cari pelakon dan saya datang untuk uji bakat, saya diterima. Ada beberapa pelakon Malaysia lain yang turut terlibat sama.

Saya kena belajar bahasa Inggeris dalam siri ini, saya suka perkara-perkara yang memcabar diri sebab itu saya ambil peluang ini selain ingin mengetengahkan bakat saya.

Dalam pada itu, Syafiq turut memaklumkan bagi persiapan untuk menjadi bakal suami dia kini memperbanyakkan mendengar ceramah agama sebagai persediaan.

Menurut Syafiq, kesemua persiapan telah selesai dan lebih fokus kepada kehidupan selepas berkahwin dengan tunangannya, pelakon Mimi Lana.

Saya banyak tengok ceramah-ceramah dari ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami. Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti.

BACA: “Menangis Banyak Juga Berhabis” – Syafiq Kyle Tamatkan Zaman Bujang Dengan Mimi Lana Tahun Ini

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas