Connect with us

Oh! Media

Ini Respon JAIS Mengenai Dakwaan Amang Seksual Selebriti Terkenal

Trending

Ini Respon JAIS Mengenai Dakwaan Amang Seksual Selebriti Terkenal

Seorang selebriti terkenal ditahan reman selama enam hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

ADVERTISEMENT

BACA: Selebriti Terkenal Disiasat Dakwaan Amang Seksual Fizikal Remaja Lelaki

Free Malaysia Today (FMT) melaporkan perbuatan suspek mula terbongkar apabila empat remaja tampil membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa selebriti itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata polis Kontinjen Selangor telah menerima empat laporan daripada mangsa berumur 17 hingga 18 tahun iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, satu di IPD Shah Alam dan satu di IPD Kajang.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, suspek dan mangsa berkenalan dalam program motivasi yang diadakan di sekolah sekitar Selangor.

Gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) difahamkan sudah sedia maklum mengenai kes yang membabitkan pelajar-pelajar tahfiz itu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes yang sedang disiasat tersebut.

Kredit: Harian Metro | FMT

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas