Connect with us

Oh! Media

Aisyah Kini Selamat Di Bawah JKM, Niat Lufya Nak Ambil Jadi Anak Angkat Sukar

Oh! Artis

Aisyah Kini Selamat Di Bawah JKM, Niat Lufya Nak Ambil Jadi Anak Angkat Sukar

Baru-baru ini tular rakaman video menunjukkan seorang bapa memukul anaknya hingga tersungkur atas jalan. Lebih menyedihkan apabila si anak dilihat cuba mempertahankan bapa ketika disoal seorang lelaki.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Tetap Pertahankan Bapanya Walaupun Dipukul Bapa Sendiri

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur itu telah membuatkan ramai berasa marah. Malah, selebriti, Lufya Omar turut mengikut rapat perkembangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Aisyah itu.

Menurut Lufya, selepas kes tular bapa Aisyah telah ditangkap dan Aisyah kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau bagaimanapun, dia tidak dimaklumkan mengenai lokasi rumah kebajikan Aisyah ditempatkan.

Terdahulu, pelakon ini meluahkan rasa kesal melihat kanak-kanak comel ini menjadi mangsa dera bapa sendiri. Dia sedih terkenangkan amanah yang patut dipukul seorang bapa disia-siakan begitu sahaja.

lufya

Malah, dia turut meluahkan hasrat untuk menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angkat. Namun, proses pengangkatan tidak mudah disebabkan Aisyah bukan warganegara Malaysia.

Kredit: Instagram Lufya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas