Connect with us

Oh! Media

Disyaki Buat Aktiviti Penyundalan, Lima Rumah Urut Pulau Pinang Diserbu

Oh! Tidak

Disyaki Buat Aktiviti Penyundalan, Lima Rumah Urut Pulau Pinang Diserbu

Terbaru, pihak polis Daerah Timur Laut memaklumkan sebanyak lima serbuan dijalankan terhadap rumah urut di Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri ‘Naik Hantu’ Serang Rumah Urut Lepas Dapat Tahu Suami Ambil Sekali Servis S*ks

Ketua Polis Asisten Komisioner, Soffian Santong menceritakan sebanyak lapan individu termasuk empat wanita warga asing telah ditahan sepanjang serbuan pada malam Selasa lepas.

Serbuan rumah urut

rumah urut
Kredit: Sinar Harian

Lima serbuan telah dijalankan di premis rumah urut di Lebuh Chulia, Batu Feringghi dan Gelugor. Kebanyakannya ditahan akibat menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan gagal mengemukakan permit kerja yang sah.

Pada serbuan rumah urut di Gelugor, seorang warga tempatan dan tiga wanita warga asing telah ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti persundalan.

Dalam serbuan itu juga, kita merampas beberapa barangan antaranya telefon bimbit, lima botol minyak urut, dua krim urut, empat helai tuala, empat keping risalah dan wang tunai RM1,430.

Soffian juga menambah bahawa pesalah kini sedang ditahan di Lokap Berpusat Bayan Baru dan akan direman selama empat hari.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas