Connect with us

Oh! Media

Azri Iskandar Sedih, Anak Tak Bagi Tukar Nama Jadi Azri Alexander

Azri Iskandar

Oh! Artis

Azri Iskandar Sedih, Anak Tak Bagi Tukar Nama Jadi Azri Alexander

Pelakon dan juga pengarah yang khabarnya bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua tak lama lagi iaitu Azri Iskandar ada meluahkan rasa sedih sebab hasratnya untuk menukar nama pentas tidak direstui anak-anak.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Azri Iskandar ingin menukar namanya kepada Azri Alexander namun terpaksa melupakan niatnya itu kerana anak-anak tidak bersetuju.

Kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka tentang hal ini.

Kata Azri, anaknya yang marah dan sangat tidak bersetuju dengan keputusannya itu adalah Azrell Omar Iskandar.

Dia cakap, nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau nak go International, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.

Jelas Azri, Azrell sudah mula berkecimpung dalam dunia perfileman dan berasa pelik jika nama pentasnya kelak digelar sebagai Azrell atau Ayel Alexander.

“Saya cakap anam saya tetap Azri Iskandar. Cuma Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi dia tak boleh terima. Sebab itu saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar.”

Kredit: Forum Cari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas