Connect with us

Oh! Media

Datin Patimah Dikatakan Terima Gambar Aib Anak Dan Menantu Daripada JAWI Punca Tertekan

datin patimah

Oh! Artis

Datin Patimah Dikatakan Terima Gambar Aib Anak Dan Menantu Daripada JAWI Punca Tertekan

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dikatakan berhasrat untuk menarik semula saman ke atas pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ini selepas agensi didakwa telah menghantar fakta yang mengaibkan kepada Datin Patimah Ismail.

ADVERTISEMENT

Perkara itu disahkan Datuk Adnan Seman, (wakil MAIWP) di mana kes akan diuruskan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 13 Julai 2023 nanti.

Syamsul Yusof dan Ira Kazar tertekan dengan apa yang berlaku…

datin patimah

Ketika itu, Ira Kazar telah memberikan keterangan kepada JAWI pada Ogos 2022. Pada 20 Disember 2022, Datin Patimah telah menghantar mesej WhatsApp kepada Syamsul yang mengandungi gambar mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.

Saya kemudiannya menghubungi Faghira Fatini yang saya panggil sebagai Ira Kazar berkenaan dengan gambar pernyataan itu yang diterima. Saya dimaklumkan oleh Ira Kazar bahawa beliau dipanggil oleh defendan ketiga (MAIWP) untuk merakam keterangan atas satu siasatan.

Ia berdasarkan satu laporan yang dipercayai dibuat oleh isteri saya (ketika itu), Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. Pernyataan itu dirakam oleh defendan pertama (Mohd Haris) yang Ira Kazar percaya adalah pegawai penyiasat dalam siasatan itu.

Datin Patimah memarahi Syamsul selepas melihan dokumen yang diterima…

Ira Kazar kemudian membuat laporan polis berikutan dokumen yang tersebar pada 23 Disember 2022…

Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau ‘stress’ plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira.

Disebabkan penyebaran secara terus kepada ibunya, Datin Patimah telah memarahi Syamsul dengan kata-kata mengguris perasaan selain memburukkan imej selaku pelakon dan pengarah filem.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas