Connect with us

Oh! Media

“Sengaja Buat Pelajar Tertekan Dan Tarik Diri”- Universiti Malaya Dituduh Curi Kajian Pelajar PhD

universiti malaya

Trending

“Sengaja Buat Pelajar Tertekan Dan Tarik Diri”- Universiti Malaya Dituduh Curi Kajian Pelajar PhD

Universiti Malaya (UM) adalah antara universiti terbaik di Malaysia dan menjadi impian setiap anak Malaysia untuk sambung pelajaran di situ. Bagaimanapun, nama baik UM sedikit tercalar selepas ada pelajar Doktor Falsafah (PhD) mendakwa UM mencuri hasil kerjanya.

ADVERTISEMENT

Pendedahan itu dikongsikan melalui satu video di mana kajannya telah diambil tanpa pengetahuan. Lebih parah bila dia hanya sedar kajian itu diambil bila user dan password telah ditukar dan dia tidak lagi mempunyai akses terhadap kajian miliknya.

Penyelia dakwa kajian itu milik UM

Kami cuba mendapatkan topik untuk PhD saya dan kami akan mendapat penajaan daripada UM. Jadi saya mulakan kerja dan selepas 2 tahun setengah saya sudah selesaikan semuanya. Tiba-tiba, username dan password saya ditukar.

Saya bina segala perisian, saya lakukan semua kajian di dalam dan luar UM. Bila saya hubungi penyelia, mereka beritahu bahawa projek itu kepunyaan UM. Selepas pada itu, layanan mereka terhadap saya berubah serta merta. Saya dilayan dengan kasar, dimalukan kerana mereka fikir saya merasa kecewa.

Laporan polis telah dilakukan

Pelajar itu turut mendakwa bukan dia sahaja yang diperlakukan begitu dan kebanyakan pelajar akan berhenti selepas 3/4 tahun kerana kecewa.

Ada pelajar yang menghabiskan masa lebih 10 tahun untuk mendapatkan PhD. Ini memang niat mereka daripada mula. mereka ambil hasil pelajar yang sudah bersusah payah, mereka berkelakukan tidak profesional dan tidak beretika agar pelajar berasa kecewa dan menarik diri daripada universiti

Dakwaan ini agak berat dan setakat ini belum ada sebarang penjelasan dari pihak UM.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas