Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Dicekik Abang, Saksi Trauma Lihat Kejadian Depan Mata

cekik

Oh! Tidak

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Dicekik Abang, Saksi Trauma Lihat Kejadian Depan Mata

Dalam kejadian di Bukit Piatu, Melaka, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut didakwa dicekik abangnya sendiri.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, saksi kejadian iaitu jiran berkata, dia menerima panggilan daripada ibu kanak-kanak terbabit memintanya ke rumah untuk melihat anaknya kira-kira jam 12 tengah hari.

cekik

Si ibu meminta tolong jiran selepas melihat anak ketiganya didakwa dicekik oleh si abang menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit.

Ketika tiba di rumah, saksi melihat dua beradik berkenaan di ruang tamu dan ketika itu anak ketiga jirannya itu sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

saksi
Ain, 31, saksi kejadian. Foto BH/NURALIAWATI SABRI

Manakala si abang yang berusia 14 tahun seakan-akan dirasuk. Saksi berkata lagi, dia cuba menyelamatkan mangsa dengan menepis tangan abang namun dia melihat muka mangsa sudah kebiruan.

Melihat situasi itu saya menjerit meminta tolong dengan jiran yang lain agar segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Ibu kedua beradik itu tiba di rumah tak lama selepas itu. Difahamkan, mangsa tidak ke sekolah hari ini kerana sakit mata dan ditinggalkan bersama abang sulungnya. Ibu memantau pergerakan mereka menerusi CCTV.

Abangnya seorang remaja yang baik tetapi difahamkan kebelakangan ini dia beberapa kali seperti meracau.

 Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berharap orang ramai tak membuat spekulasi memandangkan kes kini masih di dalam siasatan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas