Connect with us

Oh! Media

Iqbal Zulkefli Tekad Mandi Bunga Dan Berubat Jika Cinta Ditolak Inspektor Sheila

iqbal

Oh! Artis

Iqbal Zulkefli Tekad Mandi Bunga Dan Berubat Jika Cinta Ditolak Inspektor Sheila

Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh media sosial Ahmad Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya berminat dengan Inspektor Shiela.

ADVERTISEMENT

BACA: Inspektor Sheila Bakal Dilamar Iqbal Zulkefli? Suka Wanita Yang Garang Katanya

Usahawan itu turut menyatakan dia tidak akan berputus asa untuk menawan hati Inspektor Shiela selepas anggota polis itu berasa hairan dengan pilihannya itu.

Malah, Iqbal juga memberitahu dia sanggup untuk mandi bunga dan ‘berubat’ sekiranya cintanya kali ini ditolak oleh wanita yang mendapat perhatiannya.

iqbal

Kalau kali ini ditendang lagi, aganya saya perlu pergi berubat dan mandi bunga.

Dalam pada itu, Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar menzahirkan rasa pelik selepas terbaca luahan Iqbal menerusi temu bual bersama mStar untuk berkenalan lebih dekat dengannya.

Tambahan, Shiela juga berasa hairan dan tertanya mengapa dia menjadi pilihan usahawan itu memandangkan Iqbal berkulit putih manakala dia berkulit gelap.

iqbal

Bukan itu sahaja, inspektor yang sedang tular itu juga memaklumkan dia tidak mengenali Iqbal secara peribadi tetapi pernah terbaca tentang usahawan itu bersama Datuk Seri Vida.

Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik
dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.

Saya sukakan wanita yang garang… lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja.

Sedikit info, usahawan Iqbal Zulkefli sebelum ini mahu melamar Inspektor Shiela kerana anggota polis itu mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang disukainya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas