Connect with us

Oh! Media

“Manager Tokti Tak Kekwat Macam Kau”- Ramai Kecam PA Khairul Aming, Dakwa Mulut Puaka

khairul aming

Oh! Artis

“Manager Tokti Tak Kekwat Macam Kau”- Ramai Kecam PA Khairul Aming, Dakwa Mulut Puaka

Disebalik nama baik selebriti media sosial, Khairul Aming yang dibina sekian lama, sekarang ada pula perkara yang boleh merosakkannya. Bagaimanapun, perkara ini bukanlah kesilapan dari Khairul sendiri tapi ia datang dari pembantu peribadi beliau.

ADVERTISEMENT

Kecoh dekat Twitter sekarang bila ada individu yang dikenali sebagai Naz, meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan PA Khairul yang digambarkan sebagai seorang yang biadap.

Kekwat nak mampos!

Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia. Kekwat nak mampos. Aku contact manager TokTi pun tak kekwat macam kau. – Luahnya.

Naz yang juga merupakan seorang influencer meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas cuba berurusan. Naz turut mendakwa PA Khairul menegaskan semua urusan perlu melaluinya dan terus menyatakan tidak minat untuk berkerjasama kerana sibuk dengan projek lain.

Rupanya bukan Naz sorang jer palat tapi yang lain pun pernah kena?

Khairul Aming mohon maaf dan akui terlepas pandang

Sedar dengan isu yang dibangkitkan Naz dan ramai orang, Khairul kemudian tampil beri penjelasan dan memohon maaf atas pengalaman kurang baik dialami.

Khairul turut menyatakan dia terlepas pandang isu yang dialami memandangkan sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengurusnya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas