Connect with us

Oh! Media

Aisyah Hijanah Dedah Niqabis Jumpa Ibu Mentua, Minta Izin Jadi Isteri Kedua, “Saya Jatuh Hati Dengan Suami Awak”

Oh! Artis

Aisyah Hijanah Dedah Niqabis Jumpa Ibu Mentua, Minta Izin Jadi Isteri Kedua, “Saya Jatuh Hati Dengan Suami Awak”

Seorang usahawan dan juga influencerAisyah Hijanah pula tampil mendedahkan tindakan seorang wanita berniqab cuba menjadi isteri kedua suaminya.

ADVERTISEMENT

Perkara itu didedahkan Aisyah di Instagram miliknya dengan menunjukkan tangkap layar mesej perbualan antara mereka di mana wanita berniqab terbabit tampil meminta maaf kerana jatuh hati dengan suaminya, Alif Teega.

aisyah hijanah

Sampai tahap nak jumpa ibu mentua sebab nak minta izin…

Tidak cukup dengan itu, wanita itu turut dimaklumkan sanggup berhadapan dengan ibu suaminya untuk menyampaikan hasratnya menjadi yang kedua.

Saya berani nak jumpa mak Alif & Aisyah sendiri untuk bagitahu perasaan saya. Saya akui saya salah, tersuka suami orang. Tetapi lelaki boleh kahwin lebih daripada 1 kan?

Wanita itu turut mengakui sudah lama mengikuti perkembangan mereka suami isteri termasuklah ketika menunaikan umrah bersama-sama dahulu.

Saya minta maaf kak Aisyah. Masa dekat umrah pun, saya ada. Hanya mampu tengok kak Aisyah dan abang Alif dari jauh. Saya nak tegur, nak bagitahu. Tapi saya rasa belum sedia.

Memang trend perempuan bujang cari laki orang ke?

Aisyah bagaimanapun meluahkan rasa lega kerana suaminya tidak ‘melayan’ wanita lain dan menjaga hati isteri dan keluarga dengan baik.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas