Connect with us

Oh! Media

Doktor Kongsi 5 Tips Diet Terbaik Bulan Ramadan, Jangan ‘Overload’!

Oh! Lifestyle

Doktor Kongsi 5 Tips Diet Terbaik Bulan Ramadan, Jangan ‘Overload’!

Hari ini tibalah masa untuk umat Islam di Malaysia berpuasa. Kebiasaannya pada bulan ini ramai orang berusaha untuk menurunkan berat badan, iyalah selain untuk sihat, nak melaram baju raya pun selesa je nanti.

ADVERTISEMENT

BACA: Tengahari Dah Rasa Lapar? Ini 5 Petua Buat Anda Rasa Kenyang Sehingga Waktu Berbuka

Di Tiktok, Dato’ Dr Tikfu Gee yang merupakan Pakar Bedah Metabolik dan Bariatrik berkongsi lima tips terbaik yang kita boleh amalkan sepanjang Ramadan ini.

1. Masa sahur, lebihkan sayur-sayuran dan makanan berprotein

Tips yang pertama adalah lebihkan sayur-sayuran dan makanan berprotein seperti ikan dan daging semasa bersahur. Selain itu, kurangkan mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi atau roti.

Beliau yang juga merupakan pakar turun berat badan dan pakar bedah robotik berkata, kajian saintifik membuktikan makan banyak sayur dan protein akan buat kita rasa kurang lapar.

2. Elakkan makanan manis

Bulan ramadan ni, tengok makanan apa pun sedap kan? Lebih-lebih lagi kalau pencuci mulut, minuman dan kuih muih. Masa ni lah tiba-tiba pula mengidam macam-macam.

Menurut Dr Tikfu, pengambilan gula akan membuatkan kita rasa cepat lapar. Jadi kita seharusnya mengelakkan makanan dan minuman yang manis-manis. Rosaklah diet nanti!

3. Plan makanan berbuka

Kata doktor ini, untuk mengelakkan daripada membazir dan makan berlebihan, kita hendaklah merancang makanan untuk berbuka puasa nanti.

Jangan buat plan atau mengubahnya bila dah sampai di kedai atau bazar Ramadan. Biasalah masa tengah lapar, rasa nak beli semua! Jangan cuba-cuba sabotaj diri sendiri ya?

4. Jangan ada mentaliti nak makan ‘double’

“Oh i dah tak makan sepanjang hari, jadi boleh makan double.”

Jelas Dr Tikfu, jangan sesekali ada mentaliti seperti ini. Mentaliti ini adalah tidak betul dan kita tidak seharusnya beri alasan untuk diri sendiri. Makanlah sekadar perlu sahaja dengan cara sihat.

5. Elakkan buffet

Ha, kebiasaannya di bulan Ramadan ramai yang berebut nak berbuka secara buffet di hotel atau restoran mewah kan? Memang seronok sebab macam-macam pilihan makanan yang ada. Siap boleh makan sampai puas. Tapi macam mana dengan diet kita?

Oleh itu, sebaiknya elakkan buffet, kalau memang tak boleh dielakkan, jangan makan berlebihan sampai ‘overload’.

Video penuh:

@drtikfugee Tk sabar nk try juadah bulan puasa? Blh je tapi jgn sabotaj diet anda! #ramadan2022 #tipsdiet #fyp #tiktokhealth #edutok ♬ Steven Universe – L.Dre

Kredit: TikTok Dato’ Dr Tikfu Gee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas