Connect with us

Oh! Media

Tiap Kali Musim Mengundi Pasti Ada Pihak Bagi Duit, Apa Hukumnya Mengikut Islam?

mengundi

Oh! Islam

Tiap Kali Musim Mengundi Pasti Ada Pihak Bagi Duit, Apa Hukumnya Mengikut Islam?

Jom mengundi! Isu ini bukanlah niat kami untuk tuju pada mana-mana parti politik tapi kita sebagai rakyat boleh lihat sendiri ia berlaku. Lihat sahaja perkongsian video di TikTok di mana ada sesetengah kempen menunjukkan seseorang sedang mengagihkan kertas wang ringgit kepada mereka yang hadir.

ADVERTISEMENT

Jom lihat perkembangan terkini jumlah kerusi PRN di enam buah negeri di SINI. #PRN2023

Jadi ini rasuah atau macam mana? Untuk menjawab soal ini, Ohmedia kongsikan jawapan dari penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang dengan tegas menjelaskan haram hukumnya bagi individu memberi dan menerima wang untuk mengundi dirinya bagi sesuatu kempen.

Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah, semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa, Agong, Sultan, Menteri atau wakil rakyat.

Kalau sesiapa rasuah, dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan Ustaz, Maulana atau Syeikh kata, ini Nabi yang bagitahu.

Dalam pada itu, UAI menyarankan untuk setiap individu beragama Islam yang akan pergi mengundi untuk buat solat Istikharah bagi memilih calon wakil rakyat.

Nabi kata, apa-apa yang meragukan kamu hendaklah dibuat solat Istikharah bagi memilih pemimpin yang terbaik dan bukannya suka menipu.

Contoh pemimpin yang baik adalah seperti zaman sahabat Nabi dahulu. Bila susah mereka akan susah bersama-sama, bila akan senang bersama-sama rakyat.

Bukan mereka senang, tapi rakyat yang susah. Itu pemimpin zalim

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit pemahaman kepada kita semua. Selamat mengundi dan pilihlah wakil rakyat yang benar-benar boleh memimpin.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas