Connect with us

Oh! Media

“Sila Berpijak Di Bumi Yang Nyata” – Norreen Nasihat Influencer Jangan ‘Kekwat’

Oh! Artis

“Sila Berpijak Di Bumi Yang Nyata” – Norreen Nasihat Influencer Jangan ‘Kekwat’

Pelakon dan selebriti, Norreen sememangnya dikenali ramai dengan perwatakannya yang ceria dan lakonannya yang mantap terutamanya dalam drama bersiri Bisik-Bisik Gelora.

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Tak Sengaja!” – Kesal Termakan Sandwich Tak Halal, Norreen Siap ‘Samak’ Lidah

Namun, Norreen juga akui dunia sebagai seorang influencer sememangnya mencabar dan dia menasihati agar influencer-influencer yang baru tidak bersifat meninggi diri, eh kenapa pula tu?

Nasihat Norreen

Menurutnya, influencer di media sosial tidak boleh sentiasa bongkak hingga menyebabkan orang lain sukar untuk memberi bekerjasama hanya kerana dianggap ‘air liur’ influencer itu mahal.

Macam inilah, kepada influencer-influencer di luar sana, jangan sombong boleh tak? Jangan bongkak dan takbur. Nama anda baru sahaja nak dikenali, Tuhan kalau nak tunjuk sekejap sahaja. – Norreen

Norreen juga berkata perwatakannya berbeza dari media sosial ke set penggambaran kerana faham dirinya perlu bijak menyesuaikan diri dengan keadaan.

Jadi influencer di luar sana jangan lupa dengan nasihat Norreen tau.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas