Connect with us

Oh! Media

JPJ Lakukan SJR Bermula Semalam, Periksa Kenderaan Tanpa Perlindungan Insuran!

JPJ

Oh! Gear

JPJ Lakukan SJR Bermula Semalam, Periksa Kenderaan Tanpa Perlindungan Insuran!

Sekatan Jalan Raya akan dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Sedar di seluruh negara bermula semalam. Perkara ini dilaksanakan untuk memerika perlindungan insurans kenderaan korang yang sudah tamat tempoh.

ADVERTISEMENT

BACA : Duduk Sambil Tunggu Giliran Di JPJ, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia

Menurut laporan Pandu Laju, sekatan jalan raya akan dibuat di beberapa lokasi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Katanya lagi, kenderaan yang tidak memperbaharui perlindungan insurans akan menimbulkan masalah sekiranya kenderaan yang dinaiki mengalami kenderaan. 

Bagi sesiapa yang memandu bersama perlindungan insurans yang tamat tempoh boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 dan lesen boleh digantung 12 bulan sekiranya disabitkan kesalahan. 

Apa tunggu lagi? Jangan lupa perbaharui perlindungan insurans kenderaan korang sebelum 31 Disember ini. Sia-sia je duit melayang kalau kena saman nanti.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas