Connect with us

Oh! Media

Dua Kes Positif Varian Omicron Dikesan Di Singapura

singapura

Trending

Dua Kes Positif Varian Omicron Dikesan Di Singapura

Varian Covid-19 yang kini sedang aktif menular, iaitu varian Omicron telah dikesan dengan dua kes positif di Singapura.

ADVERTISEMENT

BACA: Korea Selatan Wajibkan Kuarantin 10 Hari, Kesan Lima Kes Varian Omicron

Menerusi laporan Sinar Harian, dua penumpang dari Afrika Selatan yang tiba di Singapura menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu, 1 Disember telah dikesan positif untuk ujian awal varian Omicron Covid-19.

Belum sempat berkomunikasi dengan komuniti

dua kes positif

Menurut Sinar Harian, laporan ini telah dilaporkan melalui kenyataan Kementerian Kesihatan republik, pada hari Khamis lepas.

Kedua-dua kes telah diasingkan sejurus mereka tiba di Singapura pada 1 Disember, dan belum sempat berinteraksi di dalam komuniti.

Setakat ini tiada bukti sebarang jangkitan komuniti dari dua kes berkenaan.

Kedua-dua individu ini tiba dari Johannesburg dengan menaiki pesawat SQ479. Mereka kini masih dalam proses pemulihan di wad yang diasingkan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).

Tiada simptom yang teruk dialami oleh kedua-dua individu itu, cuma ada simptom batuk dan sakit tekak. Mereka juga difahamkan telah lengkap dua dos vaksinasi.

Semoga kes ini tidak semakin merebak di Singapura dan tidak menular ke Malaysia. Sama-sama kita doakan kesejahteraan negara kita agar dilindungi daripada varian baru ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas