Connect with us

Oh! Media

Sophia Albarakbah Nak Saman Individu Sebar Fitnah Tentang Dirinya

sophia albarakbah

Oh! Artis

Sophia Albarakbah Nak Saman Individu Sebar Fitnah Tentang Dirinya

Pelakon Sophia Albarakbah memaklumkan kali ini dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ada individu yang cuba melemparkan fitnah terhadapnya terutama sekali berkaitan isu orang ketiga.

ADVERTISEMENT

Menurut Sophia, sebagai seorang manusia tahap kesabarannya juga ada had.

Dalam setiap apa yang kita buat mungkin ada tak suka dan sengaja petik nama kerana tahu saya tak boleh lari tapi siapa kenal, dia tahu saya macam mana.

Kalau makin melampau saya mungkin akan ambil tindakan undang-undang.

Setakat ini saya masih boleh sabar tapi semua orang ada tahap kesabaran.

Sophia yang berkongsi perkara itu ketika ditemui sewaktu Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sophia telah meraih trofi  Aktres Filem Popular dan berjaya menewaskan Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahirudin.

sophia albarakbah

Aktres itu berkata kemenangannya itu diperoleh dan telah membuktikan masih ramai yang menyayangi dirinya dan dapat menunjukkan pembabitan dalam industri ini.

Saya tidak tahu mengapa orang masih cop saya teruk sedangkan kenyataan sebelum ini pun saya buat disebabkan mulut segelintir netizen yang memetik nama saya.

Tidak patut fitnah diri saya sebegitu kerana saya hanya mahu pertahankan diri, namun kalau orang ramai masih nak mengata itu antara dia dengan Tuhan.

Saya percaya, kalau ada seribu orang benci saya mesti ada seribu orang lain yang sayang saya, lagipun isu suami artis dikacau itu dimaksudkan orang lain, bukan saya.

BACA: Sekali Lagi Nama Sophia Albarakbah ‘Petik’ Menjadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Selebriti

Sebelum ini, aktres Sophia Albarakbah sering dikaitkan dengan isu menjadi orang ketiga atau penyondol rumah tangga selebriti.

Kredit: Kosmo

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas