Connect with us

Oh! Media

“Saya Akan Ditidurkan” – Zamani Dibedah 7 November Ini

Oh! Artis

“Saya Akan Ditidurkan” – Zamani Dibedah 7 November Ini

Seperti yang ramai tahu, penyanyi Zamani Ibrahim menghadapi masalah tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis.

ADVERTISEMENT

Keadaan yang semakin teruk membuatkan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu perlu menjalani pembedahan pada 7 November ini.

Perlu ditidurkan untuk pembedahan

Menurut Zamani, ini merupakan pembedahan besar pertama yang dilaluinya dan dia perlu ditidurkan. Pembedahan akan dilakukan di sebuah pusat perubatan di Cheras.

Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.

Katanya lagi, perasaan takut tetap ada namun menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT. Dia buat persediaan dari segi mental sebab ini pembedahan besar.

Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

Selepas dibedah, Zamni perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan dan buat rawatan susulan termasuk latihan fisioterapi.

Terdahulu, kecoh diperkatakan apabila isteri Zamani, Juliana mendakwa suaminya tak dapat sebarang bayaran ketika Konsert Doa Buat Zamani.

BACA: “Sampai Sekarang Dia Percaya Korang Kawan Dia” – Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Duit Konsert

Namun penganjur berkata tiket konsert tak laku dan untung hanya RM4,635. Kesiannya Zamani, semoga segala urusannya dipermudahkan. Amin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas