Connect with us

Oh! Media

Laluan Tanah Runtuh Di Simpang Pulai-Cameron Highlands Telah Dibuka

tanah runtuh

Trending

Laluan Tanah Runtuh Di Simpang Pulai-Cameron Highlands Telah Dibuka

Nampaknya jalan Simpang Pulai-Blue Valler menuju ke Cameron Highlands telahpun dibuka semula selepas ditutup selama lebih dua minggu.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Dua Kenderaan Dipercayai Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Pembukaan semula laluan ini dikongsi seorang pengguna jalan raya yang memaklumkan dia dan keluarga dapat meneruskan perjalanan selepas sekian lama merancang percutian.

Jika jalan ini masih ditutup, mahu atau tidak memang kami terpaksa batalkan percutian kerana Jalan Tapah-Ringlet bukan pilihan disebabkan takut berselisih. – Kata Osman Jali.

Seorang lagi pengguna laluan tersebut yang membawa bekalan sayur dan barangan runcit turut berasa lega dengan pembukaan semula jalan ini.

Sejak jalan ditutup memang seksa sebab kena ikut Tapah untuk hantar barang. Biasanya jika dari Taiping ke Cameron Highlands hanya ambil masa tiga jam tetapi guna Jalan Tapah, tambah sejam lagi.

Kejadian tanah runtuh sebelum ini telah mengorbankan dua orang mangsa iaitu pemandu lori sayur dari Tanjung Piandang, Kerian, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas