Connect with us

Oh! Media

Ini Adalah Lima Persembahan Unik Sepanjang Anugerah Juara Lagu Ke-37

Oh! Artis

Ini Adalah Lima Persembahan Unik Sepanjang Anugerah Juara Lagu Ke-37

Kehangatan Anugerah Juara Lagu-37 masih lagi terasa meskipun telah berlangsung. Semalam, kita telah dihidangkan dengan 12 persembahan yang menarik daripada para finalis yang berjaya ke peringkat akhir program muzik-muzik.

ADVERTISEMENT

BACA: Mimpi Itu Indah Dan Percuma, Ini Merupakan Perjalanan Aina Abdul Dari Anak Didik Ke Vokalis Terbaik

Sepanjang majlis anugerah itu berlangsung, terdapat lima persembahan yang menarik mata Oh! Media. Jom, hari ini kami akan kongsikan lima persembahan unik sepanjang AJL-37.

Iman Troye

Persembahan pertama bagi anugerah tersebut merupakan persembahan lagu ‘Nang’ oleh Iman Troye. Bagi kami, persembahan ini sangat menarik kerana berkonsepkan penceritaan hikayat puteri raja.

Elemen seperti orang kerdil, penarik beca, dikir barat, pukulan gendang serta pembaca cerita oleh Fimie Don menambahkan lagi seri dalam persembahan Iman.

Shiha Zikir

Kalau tadi penceritaan rakyat, Shiha Zikir pula membawa lagu ‘Irama’ yang berkonsepkan lampu laser dan LED. Sememangnya persembahan yang wow terutama sekali di bahagian breakdance. Jadi sudah pasti, Shiha sememangnya layak menerima anugerah persembahan terbaik.

Amir Masdi & Dayang Nurfaizah

Bagi kami, persembahan lagu ‘Debu’ oleh Amir Masdi dan Dayang Nurfaizah sememangnya menghangatkan suasana. Oh! Media dapat rasakan kehangatan chemistry antara kedua penyanyi itu ketika nada tinggi lagu mereka. Bukan senang ye buat persembahan sambil dikelilingi api.

Naim Daniel

Sudah semestinya persembahan terbalik oleh Naim Daniel menjadi bualan ramai. Sememangnya diakui agak sukar untuk menarik tempo nada yang tinggi dalam keadaan begitu. Namun, ia tidak menghalang Naim untuk tidak menyanyikan lagunya bertajuk ‘Mainan’. Memang salute ah untuk Naim!

Aina Abdul

Persembahan memukau oleh Aina Abdul adalah paling menarik perhatian. Secara jujur, penonton di Axiata Arena bersorak dengan gemuruh sepanjang persembahan penyanyi ini.

Bagi kami, cara Aina berinteraksi bersama penonton dengan menurunkan hujan kapas adalah salah satu cara yang unik. Apa-apapun, persembahan ‘Terus Hidup’ oleh Aina memang wow.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas