Connect with us

Oh! Media

“Nape Macam Lepat Liat Muka Dia” – Lelaki Ini Kena ‘Sekolah’ Gara-Gara Komen Biadap

Oh! Artis

“Nape Macam Lepat Liat Muka Dia” – Lelaki Ini Kena ‘Sekolah’ Gara-Gara Komen Biadap

Penyanyi Usop Mentor semalam mengesahkan isterinya sudah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Muhamad Saif Umar.

ADVERTISEMENT

Usop yang mengakui rasa gementar bergelar bapa buat kali pertama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sampai tak sempat dia nak balas ucapan tahniah pengikut semua tau.

Dalam kegembiraan itu, ada pulak mulut-mulut sumbang yang berkata wajah isteri Usop nampak ‘lain’ tak seperti ketika berkahwin dulu. Haih memang biadap betul!

Tak senang dengan komen itu, netizen yang lain tampil sekolahkan lelaki ini menjelaskan bahawa wanita hamil memang akan mengalami perubahan hormon.

Tambahan pula isteri Ucop baru je melahirkan bayi dan gambar diambil ketika isteri Ucop mendukung bayi mereka di wad.

Rasanya kalau tak ada perkara baik nak komen, baik diam je lah kan? Apa pendapat korang pulak?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas