Connect with us

Oh! Media

Nak Rasa Tapi Poket Kering? Ini Resepi ‘Mesra Dompet’ Buat Beef Wellington

Oh! Makan

Nak Rasa Tapi Poket Kering? Ini Resepi ‘Mesra Dompet’ Buat Beef Wellington

Selalu kita tengok dekat media sosial ramai kenalan kita sudah merasai kesedapan hidangan Beef Wellington. Boleh je nak makan, cuma duit tak mengizinkan, betul tak?

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Resepi Ubi Kayu Rebus Ala Ala Ahmad Maslan

Untuk pengetahuan, hidangan ini merupakan sajian mewah yang berasal daripada United Kingdom. Jangan risau, hari ini Oh! Media akan kongsikan resepi Beef Willington yang mudah hasil resepi dari My Resepi.

Resepi Beef Willington

beef wellington

Bahan-bahan:

  1. 2 daging batang pinang
  2. 1 doh pastri puff bersuhu bilik
  3. 200g cendawan chestnut
  4. 2 sudu besar kicap pekat
  5. 1 ½ sudu besar mentega
  6. 3 tangkai daun thyme, batang dibuang dan daun dipotong
  7. Minyak zaitun
  8. Garam dan lada hitam secukup rasa

Penyediaan daging

  1. Lapkan daging sehingga kering dan taburkan garam dan lada hitam pada kedua-dua belah daging.
  2. Panaskan kuali tidak melekat pada api yang sederhana dan masukkan minyak zaitun.
  3. Masukkan daging ke dalam kuali yang panas dan masak sehingga bertukar menjadi warna perang selama 2-3 minit untuk setiap belah.
  4. Setelah masak, angkat daging dan pindahkan ke dalam pinggan untuk dibiarkan rehat.
  5. Menggunakan kuali yang sama, masukkan minyak zaitun ke dalam kuali yang dipanaskan pada api yang sederhana.
  6. Masukkan cendawan dan biarkan masak selama 4-6 minit , hanya menggaul sekali sekala supaya menjadi perang.
  7. Tambahkan lada hitam dan garam secukupnya.

Penyediaan pastri

  1. Dengan menggunakan belakang pisau, lukiskan garisan diagonal pada pastri puff yang berbentuk petak.
  2. Lukiskan lagi garisan mengikut arah bertentangan untuk membentukkan bentung silang yang menetas.
  3. Separuhkan pastri puff dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Cara panggang daging Beef Wellington

  1. Letakkan daging ke atas dulang pembakar. Letakkan ¾ jumlah cendawan yang dimasak ke atas daging. Tinggalkan lebihan cendawan untuk sos.
  2. Balutkan daging dan cendawan dengan pastri puff. Jangan takut untuk menarik pastri puff untuk membalut bahagian bawah daging sepenuhnya.
  3. Letakkan daging dan pastri puff ke dalam ketuhar di rak atas dan panggang sehingga pastri puff menjadi perang keemasan dan daging tampak berwarna coklat.
  4. Proses ini mengambil masa selama 10-12 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan rehat selamat 2 minit.

Penyediaan sos

  1. Di dalam kuali, masukkan baki cendawan yang telah dimasak.
  2. Tambahkan kicap pekat dan sedikit air. Masak pada api yang besar dan didihkan sehingga sos menjadi pekat.
  3. Tutupkan api dan masukkan mentega dan tambahkan baki daun kering thyme.

Ha, mudah sahaja bukan? Jadi, selamat mencuba!

Kredit: My Resepi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas