Connect with us

Oh! Media

Jokowi Tersenarai Dalam 50 Tokoh Islam Berpengaruh Dunia, Tokoh Islam Malaysia Tiada?

jokowi

Oh! Islam

Jokowi Tersenarai Dalam 50 Tokoh Islam Berpengaruh Dunia, Tokoh Islam Malaysia Tiada?

Setiap tahun, Pusat Kajian Strategik Islam Diraja (RISSC) akan mengeluarkan senarai 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia. Bagaimanapun, rakyat Malaysia nampaknya tidak tersenarai untuk tahun 2022 yang baru sahaja dikeluarkan.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, ada beberapa nama dari Asia yang turut tersenarai iaitu Presiden Indonesia, Joko Widodo.

RISSC yang juga merupakan lembaga penelitian bebas di Amman, Jordan ini menyenaraikan Jokowi di kedudukan ke-13 di atas Imam Besar di Al-Azhar, Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayyeb, ke-14.

Berikut antara sebab mengapa Jokowi berada di tangga ke-13 sebagai tokoh Islam berpengaruh di dunia

Berdasarkan laporan The Muslim 500, Jokowi mengatakan Indonesia adalah negara demokrasi terbesar ketiga di dunia dan mereka juga memiliki populasi Islam terbesar dunia.

Ini menunjukkan demokrasi dan Islam tidak bertentangan. Fahaman keganasan juga tiada kaitan dengan mana-mana agama sekalipun.

Dalam pada itu, RISSC melihat Jokowi berjaya menjalankan tanggungjawabnya selepas dilantik sebagai Datuk Bandar Solo dan Gabenor DKI Jakarta. Jokowi juga dilihat memiliki daya kepimpinan tinggi sehingga Indonesia dilihat dapat hidup aman makmur dalam kepelbagaian agama.

Untuk pengetahuan korang, bukan hanya Jokowi sahaja yang tersenarai dalam tokoh Islam paling berpengaruh dunia di Indonesia. Dua ulama dari Indonesia ini turut tersenarai iaitu, Said Aqil Siradj, Ketua Pengurus Besar Nadhlatul Ulama, ke-19. Muhammad Luthfi Yahya, anggota Dewan Pertimbangan Presiden, ke-32.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas