Connect with us

Oh! Media

Tular Buat Aksi ‘Superman’ Dan ‘Zig Zag’ Di Jalan Raya, Dua Individu Dicekup

Trending

Tular Buat Aksi ‘Superman’ Dan ‘Zig Zag’ Di Jalan Raya, Dua Individu Dicekup

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi dua individu yang dipercayai menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Maut Bergesel Dengan Motosikal Terbabas Elak Lubang

Hal itu selepas mereka telah menunggang sambil berbaring di atas tempat duduk serta membuat gaya ala-ala ‘Superman’ dan menunggang secara berselang-seli.

Video berdurasi 12 saat itu telah menjadi heboh di media sosial sejak semalam. Mana tidaknya, aksi mereka mampu mengancam nyawa mereka serta pengguna jalan raya yang lain.

Polis tahan dua individu menunggang secara berbahaya

Bagaimanapun, dua lelaki yang dipercayai menunggang secara berbahaya di Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) dilaporkan telah ditahan polis.

Menurut Harian Metro, kedua-dua suspek lelaki berusia 16 dan 20 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Matahari Indah dan Taman Bandar Senawang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, beberapa pihak yang terlibat telah melakukan risikan dan berjaya menahan kedua-dua individu tersebut.

Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis yang terdiri daripada pegawai dan anggota risikan operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Pihak yang terlibat telah menjalankan risikan lalu berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek terlibat.

Suspek dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut

Tambah beliau, rakaman yang diambil kira-kira pukul 5.30 petang itu ketika suspek dalam perjalanan dari arah Bukit Berembun, Jalan Pantai menuju ke arah Senawang.

Video itu memaparkan suspek menunggang sambil meniarap di atas tempat duduk ala Superman dan menunggang secara zig-zag.

Aksi itu bukan saja berbahaya kepada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, Kedua-dua suspek beserta motosikal yang digunakan itu telah ditahan di IPD Seremban untuk tindakan lanjut.

 Mohd. Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas