Connect with us

Oh! Media

Instagram Abby Abadi Diserang Teruk, Netizen Prihatin Minta ‘Keyboard Warrior’ Jaga Mulut 

Oh! Artis

Instagram Abby Abadi Diserang Teruk, Netizen Prihatin Minta ‘Keyboard Warrior’ Jaga Mulut 

Hari ini kecoh di media sosial mengenai anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania yang didakwa menjadi punca retaknya rumah tangga sepasang suami isteri.

ADVERTISEMENT

Gara-gara itu, media sosial pelakon drama bersiri Gerak Khas serta ahli kumpulan nyanyian Elite itu ‘diserang’ netizen yang meninggalkan pelbagai komen berhubung isu tersebut.

Meninjau ruangan komen Instagram Abby Abadi, rata-rata netizen menulis komen berbaur kecaman dan mengecam tindakan anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu.

Marissa oh Marissa, harap awak tak kena saman dengan isteri Aslam.

Kesian Abby, dulu dia kena sondol sekarang anaknya pula menyondol.

Namun, dalam banyak-banyak komen mengutuk dan mengecam, ada juga yang bersimpati dengan nasib Abby Abadi gara-gara terpalit dengan masalah yang dicetuskan oleh anak perempuannya itu.

Mak dia tak bersalah, yang komen ni memang suka bagi jiwa dan hati orang terseksa ke? Yang salah anak dia, bukan dia. Jangan serang mak dia, kesian. Entah-entah apa yang jadi dulu masih ada kesan dekat mak dia.

Terlebih dahulu, seorang individu bernama Misya telah tampil mendedahkan bahawa Marissa Dania adalah punca dia dan suami bercerai setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Individu itu turut mendakwa ibu bapa Marissa pernah tampil dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Kredit: Instagram Abby Abadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas