Connect with us

Oh! Media

Isteri Hamil Buat 2 Kerja Tanggung Keluarga, Suami Tentera Buat ‘Loan’ Sampai Gaji Negatif

isteri hamil

Trending

Isteri Hamil Buat 2 Kerja Tanggung Keluarga, Suami Tentera Buat ‘Loan’ Sampai Gaji Negatif

Seorang isteri membuat panggilan di segmen Morning Morning Suria bersama Shuib, Ajak dan Suraya meluahkan isi hati apabila terpaksa buat dua kerja demi menanggung komitmen rumah tangga.

ADVERTISEMENT

BACA: Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Suami Tak Kerja Dan Jadi ‘House Husband’, Isteri Pula Tanggung Keluarga

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok Suria, wanita itu berkata suaminya seorang tentera dan gaji bulanannya berbaki 0 selepas tolak pinjaman koperasi yang dibuat.

Dapat tahu masa isteri hamil anak pertama

isteri hamil

Dia yang baru 2 tahun berkahwin hanya mengetahui hal itu tahun lepas. Suami hanya jawab ‘tak tahu’ bila isteri tanya tujuan pinjaman dibuat.

Masa kahwin pun saya yang keluarkan semua duit hantaran kongsi berdua konon nak susah senang sama-sama.

Suaminya juga didakwa banyak berhutang dengan keluarga dengan alasan isteri minta macam-macam sehingga dia menjadi watak buruk dan dipandang serong.

Memandangkan kini sedang hamil, si isteri mendapatkan nasihat kaunselor dan dia diminta beri peluang.

Video perkongsian penuh:

@suriamalaysia “Wanita Diuji di saat lelaki tidak mempunyai apa-apa” Lelaki diuji di saat dia memiliki segala-galanya Semoga segalanya dipermudahkan & menjadi wanita kuat buat anak @ajakshiro @shuibsepahtu @surayaborhan #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria ♬ original sound – SURIA

Kredit: TikTok Suria

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas