Connect with us

Oh! Media

(Video) “Rugi Masa Je” – Cameron Highlands Sesak Teruk, Ramai Habiskan Cuti Dalam ‘Jammed’

Trending

(Video) “Rugi Masa Je” – Cameron Highlands Sesak Teruk, Ramai Habiskan Cuti Dalam ‘Jammed’

Cuti panjang hujung minggu ini digunakan orang ramai untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Ada yang pulang ke kampung dan ada juga bercuti ke tempat tumpuan ramai seperti Genting Highlands, Port Dickson, Melaka, Cameron Highlands dan banyak lagi.

ADVERTISEMENT

Sudah tentu, jalan-jalan utama di tempat tumpuan ramai ini akan sesak teruk. Sampai ada yang ‘trauma’ tak mahu lagi keluar rumah bila hujung minggu atau cuti am.

Seperti video viral ini, seorang pengguna TikTok merakam keadaan jalan raya yang ‘jammed’ teruk di Cameron Highlands. Dia punya jammed melekat sampai kereta tak bergerak langsung!

@aniesaadzwan Bagi sape yang nak naik keatas tuhh bertabah laa ye 😅 #cameronhighland #tenangributjiwa #foryou ♬ tenang by amcha – amchaa

Video yang dimuat naik ini dipercayai dirakam pada Ahad lalu. Kelihatan banyak kereta baru bergerak naik dan ada juga yang sudah mahu pulang.

Di ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing. Katanya Cameron Highlands memang akan sesak setiap kali hujung minggu, cuti sekolah dan cuti-cuti am yang lain.

Aduhai bertabahlah ya sesiapa yang terlibat tu, memang semua tempat sesak bila musim cuti atau hujung minggu. Maklumlah semua nak makan angin kan..

Kredit: TikTok @aniesaadzwan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas