Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Lelaki Tak Bayar Sewa Keluarkan Parang Apabila Tuan Rumah Ajak Bincang

Oh! Artis

Penyanyi Lelaki Tak Bayar Sewa Keluarkan Parang Apabila Tuan Rumah Ajak Bincang

Baru-baru ini tular mengenai penyanyi lelaki popular era 90-an dikatakan tidak membayar sewa rumah yang didiaminya di Setapak Indah. Duduk reti, bayar tak reti..

ADVERTISEMENT

BACA: Penyanyi Wanita Terkenal Dituduh ‘Sondol’ Sampai Bercerai Yang Berlaku 15 Tahun Lalu?

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi itu tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 dan tertunggak dari Jun sehingga September dan perkara ini dikatakan sendiri tuan rumah, Liza Mohamad.

Bukan tu jer, bil elektrik rumah sewa yang kini sudah hampir mencecah RM7,000 langsung tidak dibayarnya.

Menurut tuan rumah, penyanyi itu dan isterinya mula tinggal di situ sejak Oktober 2020 selepas kisahnya tular dan mendapat bantuan daripada Pusat Pengutan Zakat (PPZ) menerusi ejen yang membantu ketika itu.

Saya pula kebetulan memang nak sewakan rumah dan bersetuju dengan kontrak sewa di antara kami yang tamat sepenuhnya pada September lalu.

Namun, meskipun kontrak sewa sudah tamat selebriti tersebut masih tidak mahu keluar dari rumahnya malah buat tidak tahu sahaja apabila diminta keluar dari rumah itu.

Malah, kata Liza sehingga kini sebanyak empat laporan polis telah dibuat terhadap penyanyi berkenaan namun masalah itu masih belum dapat diselesaikan.

Dia seorang yang tidak boleh dibawa berbincang. Dia keluar dengan parang sewaktu saya datang ke rumah itu untuk berbincang.

Disebabkan penyanyi tersebut tidak membayar sewa, Liza kini berdepan masalah kewangan kerana perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan semula rumah peninggalan arwah suaminya itu.

Ujarnya lagi, sebelum ini pihak PPZ dan Baitulmal membantu membayarkan sewa rumah terbabit sejak Oktober 2020 sehingga September tahun lalu.

Liza turut merayu agar pihak PPZ dan Baitulmal tampil membantunya kerana dia mahu tinggal di rumah tersebut bersama tiga anaknya.

Saya harap sangat ada pihak bantu saya sebab saya nak dia keluar dari rumah itu. Saya nak ambil khidmat guaman saya tidak mampu.

Tambah Liza, dia bersedia menyelesaikan masalah tersebut dengan penyanyi itu secara baik di luar mahkamah tetapi perlu mengikut aturan undang-undang yang ditetapkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas