Connect with us

Oh! Media

Lelaki Digilis Lori Selepas Kelar Leher Ibu Hingga Mati

dadah

Trending

Lelaki Digilis Lori Selepas Kelar Leher Ibu Hingga Mati

Tergamaknya wahai anak mengelar leher ibumu sendiri hingga mati dengan kejam! Tapi itulah yang akan terjadi bila seseorang itu terjebak dengan najis dadah.

ADVERTISEMENT

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Batu 5, Gurun dan disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah. Lebih mengejutkan lagi apabila suspek lelaki yang merupakan anak mangsa turut dijumpai mati digilis lori. Allahu, tak sempat bertaubat.

dadah

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kelar sedalam lima inci (12.7 sentimeter) dan juga terdapat beberapa peralatan menghisap dadah dipercayai milik anak lelaki mangsa.

Pada masa sama kita menerima maklumat berkaitan seorang lelaki maut digilis lori kira-kira satu kilometer daripada rumah wanita warga emas berkenaan

Kerap bertengkar dengan ibu minta wang beli dadah

Berdasarkan siasatan pihak polis, dua beranak ini selalu bertengkar dan suspek kerap meminta duit untuk membeli dadah dengan ibunya.

Kali terakhir pertengkaran dikatakan berlaku malam tadi dan didengari jiran serta saudara yang tinggal berhampiran. Suspek dikatakan mengalami masalah ketagihan dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah.

Sedihnya bila tengok najis dadah ni mampu buatkan orang jadi gila hingga sanggup membunuh orang tua sendiri. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita dan ingatkanlah anak-anak bahaya najis ini dari awal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas